Lebih kurang 7 jam yang lalu, saya menulis sebuah pos yang serba sedikit menyentuh tentang ketiadaan Bahasa Melayu atau Bahasa Beku dalam lebuh kasual dan pertuturan harian. Saya seterusnya menyatakan bahawa ketiadaannya itu telah menyebabkan ramai anak Brunei buta akan bahasa demikian.
Apakah yang telah mencucuhkan perandaian ini? Adakah ini tanda nyata bahawa Bahasa Beku akan pupus?
Di manakah keutamaan seharusnya diberikan? Pada Bahasa Beku yang tidak digunakan di alam pertuturan kasual? Atau pada Bahasa Brunei yang tidak diajar atau diseru tetapi lebih bermakna dalam kehidupan harian?
